Kesihatan

Jenis Kecederaan dan Rawatan Asas semasa Berlatih

Jenis Kecederaan dalam Latihan Bina Otot dan Rawatan Asas

Untuk berjaya dalam membina badan, seseorang harus sentiasa berusaha untuk menolak dan memaksa diri untuk pergi lebih jauh daripada had fizikal. Tetapi sentiasa ada ruang untuk anda mencuba melebihi batasan dari kebolehan struktur fizikal dalam menanggung tekanan beban dan seterusnya boleh menyebabkan kecederaan.

Sesetengah kecederaan adalah kecil dan biasa dimana kita hampir tidak sedar tentang kecederaan yang telah berlaku. Manakala kecederaan yang lain adalah lebih serius dan memerlukan perhatian dari doktor perubatan. Kemajuan dan peningkatan yang dicapai oleh ahli bina badan bergantung kepada keadaan kesihatan fizikal yang baik dan suatu kecederaan boleh menjejaskan kemajuan yang telah dilakukan secara serius. Oleh itu, penting untuk ahli bina badan untuk memahami jenis kecederaan yang mungkin muncul, bagaimana untuk mencegah, cara bekerja untuk mengubahsuai keadaan dan apa yang boleh dilakukan untuk merawat dan menyembuhkan kecederaan.


Kecederaan di Otot dan Tendon (Strain)

Kecederaan kepada otot dan tendon boleh berpunca daripada daya kerja yang keterlaluan atau beban yang mendadak secara tiba - tiba dikenakan kepada bahagian ini. Kecederaan ini dipanggil strain. Kecederaan ini berlaku apabila kesan daya regangan yang mendadak dikenakan kepada otot dalam perlenturan agresif apabila daya yang terhasil adalah lebih kuat daripada kebolehan struktur untuk bertahan - dan seterusnya mengakibatkan koyakan.

Koyakan yang berlaku mungkin akan meliputi keseluruhan atau sebahagian dan akan berlaku pada titik hubungan antara otot dan tendon, di dalam tendon atau tempat dimana tendon disambung pada tulang.

Dalam kebanyakan kes, kesan strain ini hanyalah sedikit - hanya kesan regangan otot yang keterlaluan tanpa kesan koyakan otot yang serius. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan apabila mengerakkan bahagian badan berkaitan dan spasm otot (muscle spasm) akan turut berlaku.

Dalam kecederaan yang serius dengan koyakan fiber yang lebih besar, simptom - simptom ini akan menjadi lebih jelas. Rasa sakit dan ketidakselesaan akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan kesan bengkak dan pergerakan yang terbatas.

Rawatan untuk Strain

Rawatan awal untuk strain (kecederaan otot dan tendon) adalah rehat yang mencukupi; kawasan bahagian yang cedera mesti dilindungi daripada kecederaan tambahan. Berlatih ketika cedera hanya membuatkan kecederaan menjadi lebih teruk.

Untuk strain yang kecil, rehat dan elakkan aktiviti yang menyebabkan kecederaan awal. Mungkin ini sahaja rawatan yang diperlukan sehingga kecederaan beransur pulih. Sekiranya tiada bengkak atau pendarahan berlaku, rawatan haba lembap boleh digunakan dalam bentuk pek panas (hot pack). Mandi stim panas, jakuzi dan mandi dengan air hangat boleh menjadi terapi yang baik untuk membantu dalam keadaan ini.

Untuk kecederaan yang lebih teruk, sebagai contoh untuk bahagian kaki, tongkat lengan (crutches) mungkin diperlukan untuk mengehadkan beban yang dikenakan kepada bahagian yang bermasalah atau keadaan kaki perlu dinaikkan lebih tinggi ketika baring/duduk. Kaedah menaikkan paras bahagian cedera yang membengkak ini akan membenarkan graviti untuk mengalirkan darah semula kepada jantung dengan lebih baik dan membantu mengurangkan kesan bengkak.

Dan untuk kes kecederaan strain otot lebih serius yang menunjukkan kesan tisu bengkak dan pendarahan, rawatan haba tidak boleh digunakan kerana risiko untuk vasolidation boleh berlaku dimana ini akan meningkatkan diameter saluran darah yang berkaitan.

Oleh itu, penggunaan pek ais adalah sangat sesuai diamalkan ketika dalam situasi ini untuk mengalakkan vasoconstriction untuk membantu mengurangkan pengaliran darah ke bahagian strain tertentu.Langkah - langkah lain seperti mengenakan tekanan compression dalam balutan juga boleh dilakukan dalam kes ini.

Sekiranya kecederaan berlaku di mana - mana bahagian badan lain, langkah - langkah yang logik boleh diamalkan mengikut kesesuaian keadaan. Maklumat lebih lanjut tentang penjagaan dan rawatan mana - mana bahagian otot boleh dibaca di sini.

Dalam sesetengah kes, kesan koyakan yang lengkap dalam mana - mana komponen bermaksud pemulihan dalam cara pembedahan perlu dilakukan.

Tetapi walaupun dalam kes yang paling serius, anda juga boleh amalkan prinsip first aid sama untuk kecederaan jenis strain seperti di bawah :

  • Rehat (Untuk mengalakkan pemulihan).
  • Menaikkan paras anggota badan dari paras normal (Membantu pengaliran darah keluar dari kawasan yang cedera).
  • Menggunakan pek ais (Untuk menghasilkan keadaan vasoconstriction - mengurangkan saiz diameter saluran darah dan hemorrhaging).
  • Mengenakan compression dengan balutan (Untuk mengurangkan hemorrhaging dan kesan bengkak).
  • Mengehadkan pergerakan (Untuk mengelakkan kecederaan tambahan).

Kecederaan di Joint dan Ligamen (Sprain)

Kecederaan boleh melibatkan kapsul dan ligamen serta struktur osteokartilaginous (tulang dan kartilaj) dalam joint (penghubung). Kecederaan kepada ligamen boleh terjadi daripada daya pukulan dari objek tumpul, menyebabkan lebam atau disebabkan oleh objek tajam, yang menyebabkan luka.

Kecederaan ligamen boleh juga terhasil apabila stress tekanan yang melampau dikenakan dan menghasilkan kerosakan kepada bahan ligamen dan tempat penghubung ligamen. Kecederaan kepada ligamen dalam keadaan ini biasanya dipanggil sprain. Sprain adalah kecederaan regangan kepada struktur kawalan ligamen yang pasif. Strain pula berlaku dalam struktur aktif (muscle/tendon kompleks).

Biasanya, daya luar yang kuat menyebabkan joint ini bergerak dalam arah yang abnormal, dan memberikan tekanan kepada ligamen di luar kemampuan bahagian ini untuk bertahan daripada kesan koyakan. Kawasan yang paling kurang menentang kepada tekanan ini akan menjadi kawasan kecederaan.

Ligamen yang diregangkan terlalu jauh akan terkoyak. Kesan koyakan mungkin meliputi sebahagian ligamen atau kesemuanya sekali. Sama ada kecederaan ini adalah pada tahap biasa atau serius bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan dan kekuatan struktur yang terlibat. Mungkin hanya beberapa fiber ligamen yang akan terkoyak atau sebahagian dan keseluruhan ligamen akan terkoyak dalam keadaan ini. Biasanya sekiranya anda berasa sedikit sakit dan beberapa simptom, kerosakan adalah minima; tetapi sekiranya kesakitan, bengkak dan ketidakselesaan nampak lebih ketara, kecederaan telah berlaku secara lebih teruk.



Rawatan untuk Sprain

Dalam kes sprain yang biasa di mana hanya beberapa fiber ligamen telah terkoyak, sedikit kesan hemorrhage (pendarahan), bengkak dan sedikit kekurangan kebolehan pergerakan fungsi joint akan terjadi. Di sini, kaedah rawatan bergantung kepada tahap kesakitan dan bengkak dimana kebanyakan prinsip asas dalam rawatan strain boleh digunakan dalam kes ini seperti:

  • Rehat (Untuk mengalakkan pemulihan).
  • Menaikan paras anggota badan (Membantu pengaliran darah keluar dari kawasan yang cedera).
  • Menggunakan pek ais (Untuk menghasilkan keadaan vasoconstriction - mengurangkan saiz diameter saluran darah dan hemorrhaging).
  • Mengenakan compression dengan balutan (Untuk mengurangkan hemorrhaging dan kesan bengkak).
  • Mengehadkan pergerakan (Untuk mengelakkan kecederaan tambahan).

Dalam kes sprain yang lebih teruk (sebahagian ligamen cedera), dimana koyakan yang lebih banyak berlaku dalam fiber ligamen, lebih banyak pendarahan dan bengkak, sakit yang lebih ketara dalam pergerakan dan kehilangan dalam kebolehan pergerakan lebih terjejas, perlindungan kepada bahagian yang cedera harus dilakukan untuk membolehkan pemulihan yang lengkap.

Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami sprain buku lali yang serius dimana:

  • kesan pendarahan lebih banyak ke dalam tisu,
  • pembengkakan (edema) di buku lali dan kaki,
  • sensasi menyakitkan apabila kaki di bawah paras jantung (dimana graviti akan menyebabkan kesan yang lebih ketara),
  • rasa sakit apabila melakukan pergerakan dan ketika beban dikenakan kepada bahagian yang cedera dan
  • pergerakan joint yang terhad.

Dalam situasi ini, rawatan oleh doktor dicadangkan untuk memastikan tiada tulang yang patah dan tiada ketidakstabilan klinikal yang dikesan di mana keseluruhan ligamen mungkin telah terkoyak. Kecederaan di mana keseluruhan ligamen terkoyak agak sukar dikenalpasti dan ujian stress X-ray (X - ray diambil ketika joint dikenakan sedikit bebanan) mungkin perlu dilakukan untuk memastikan punca sebenar kecederaan.

Oleh itu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memulihkan semula kecederaan buku lali seperti:

  • Menggunakan crutches (Mengurangkan beban tekanan kepada bahagian yang cedera).
  • Menaikkan bahagian yang cedera lebih tinggi (Mengurangkan bengkak).
  • Gunakan balutan kompressi (Mengehadkan pendarahan dan bengkak).
  • Amalkan pemulihan pek ais selama 48 jam (Mengalakkan keadaan vasoconstriction).
  • Lakukan rawatan haba lembap secara beransur - ansur (Hanya lakukan apabila bengkak sudah surut kerana penggunaan rawatan haba secara terus boleh meningkatkan kesan bengkak).
  • Berjumpa dengan pakar ortopedik (Sekiranya kecederaan yang lebih serius berlaku dan memerlukan rawatan yang lebih lanjut).

Berikut merupakan sedikit maklumat teknikal untuk menjelaskan keadaan kecederaan yang boleh berlaku dalam aktiviti bina otot. Kebanyakan kecederaan di dalam bina badan adalah strain, stress atau regangan yang keterlaluan dalam otot dan/atau tendon. Aktiviti memanaskan badan, sedikit pergerakan regangan dan teknik mengangkat beban yang betul boleh membantu dalam mengelakkan kecederaan strain.

Kebanyakan kecederaan joint yang berlaku dalam aktiviti bina badan adalah hasil penggunaan dan koyakan yang berterusan selama bertahun - tahun kepada badan. Masalah ini datang dan terkumpul secara perlahan - lahan. Ahli bina badan muda yang berlatih secara brutal akan tidak menyedari sebarang masalah ini tetapi dalam tahun - tahun yang seterusnya, malangnya mereka akan menjadi mangsa fizikal keadaan ini.

Ahli bina badan muda boleh pulih dari kecederaan lebih cepat daripada ahli bina badan yang berusia. Tetapi apabila anda semakin berumur dan terus berlatih, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh terlepas pandang dan mungkin terpaksa membuat pengubahsuaian yang diperlukan.

Spasm dan Kekejangan

Spasm otot adalah kesan pelenturan otot yang ketara dimana ini adalah satu lagi jenis simptom untuk strain. Keadaan ini berlaku sebagai reflex perlindungan sebagai suatu jenis amaran untuk menghalang dan melindungi bahagian berkaitan daripada sebarang pergerakan tambahan sehingga masa diberikan untuk pulih. Spasm mungkin akan berlaku untuk satu tempoh dan akan menyebabkan rasa sakit yang teruk atau berlaku pada masa yang singkat seperti kekejangan otot (muscle cramp) sebagai petunjuk pengunaan otot yang keterlaluan dan penat. Rehat dan langkah perlindungan untuk mengelakkan kecederaan tambahan mungkin sudah cukup untuk menangani masalah ini.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat website Bina Otot.



Scroll ke Atas