Program Latihan Tambahan adalah untuk orang yang ingin mencabar diri mereka lebih jauh, yang belum berpuas hati dengan sekadar nampak berotot tetapi ingin mempunyai bentuk badan luar biasa di peringkat berbeza. Untuk individu ini, ianya tidak cukup untuk hanya mempunyai beberapa paun otot. Apa yang mereka mahukan adalah menghasilkan seni dalam setiap bahagian badan dengan definisi otot yang ketara, keseimbangan seluruh kumpulan otot dan membentuk "muscularity" yang berbeza daripada biasa.

Tetapi hanya dengan keinginan untuk mencapai tahap ini adalah tidak mencukupi,anda juga kena berusaha dan belajar untuk melakukannya. Untuk menjadi ahli bina badan yang bagus, anda kena mempelajari semua aspek di dalam badan - setiap anggota badan dan kumpulan otot, kawasan badan yang berbeza, bagaimana otot - otot ini bekerja bersama - sama dan bagaimana badan memberi tindak balas kepada berbagai - bagai jenis senaman.

Apabila anda sudah berlatih program latihan asas dan berjaya membina beberapa paun otot, anda perlu paksa untuk mendera otot dengan lebih ekstrem lagi untuk membolehkan otot badan tidak berhenti terbentuk. Latihan yang sama yang sering dilakukan pada masa dahulu mungkin tidak lagi dapat memaksa otot untuk berubah lebih jauh, justeru anda mungkin memerlukan program latihan yang lebih ekstrem lagi. Sekiranya anda sentiasa berlatih dengan program latihan yang sama, urutan senaman dan jenis senaman yang sama, badan anda akan sentiasa nampak sama. Untuk badan anda menjadi berbeza daripada dahulu, latihan yang dilakukan juga perlu berbeza. Kepelbagaian rutin senaman dan intensiti latihan dalam setiap minggu adalah kunci di dalam fasa ini.

Badan anda akan sentiasa sama sekiranya anda sentiasa melakukan latihan dan intensiti yang sama.

Sudah tentu, setiap orang mempunyai komitmen sendiri dan mungkin tidak dapat mengikuti contoh program secara menyeluruh seperti yang dicadangkan di sini. Oleh itu, anda sebenarnya tidak diwajibkan untuk mengikuti program latihan ini dan digalakkan untuk membuat perubahan dalam program mengikut kesesuaian masing - masing.

Ambil masa untuk meneliti jadual di bawah dan jadikan program latihan ini sebagai panduan kepada anda untuk menjana idea sendiri dalam menyusun rancangan latihan mingguan anda. Di dalam program latihan ini, anda akan melatih bahagian otot yang sama sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu, dimana ini akan meningkatkan intensiti latihan dan memaksa setiap otot di bahagian badan untuk keluar daripada zon selesa.


Jadual Program Latihan Tambahan 1

*Anda digalakkan untuk mengilirkan mana - mana senaman di atas untuk bahagian otot yang tertentu mengikut kemahuan anda.

Jadual Program Latihan Tambahan 2

Di dalam jadual program ini, anda akan melatih bahagian otot yang sama sebanyak 3 kali dalam seminggu.

*Anda digalakkan untuk menggilirkan mana - mana senaman di atas untuk bahagian otot yang tertentu mengikut kemahuan anda.



Berikut merupakan contoh jadual program latihan tambahan yang dicadangkan sekiranya anda ingin membawa bentuk fizikal otot dalam badan ke peringkat seterusnya. Anda akan mendapati jadual program ini mungkin berbeza atau hampir sama daripada kebanyakan contoh program yang anda baca dalam sumber artikel dan laman web yang lain. Oleh itu, sekali lagi, anda digalakkan untuk menyusun program sendiri atau sesuaikan program ini di dalam rutin mengikut kehendak anda. Tiada program latihan yang sempurna dan sudah tentu ada kebaikan dan keburukan di dalam setiap program termasuk program di atas seperti:

    Kebaikan
  • Intensiti latihan yang tinggi.
  • Tidak perlu menunggu tempoh masa yang lama untuk berlatih bahagian otot yang sama.
  • Membina stamina dan kekuatan dalam tempoh yang lebih singkat.
    Keburukan
  • Risiko overtraining yang lebih tinggi.
  • Jadual latihan yang rigid.
  • Tidak sesuai untuk individu yang sibuk dan mempunyai komitmen lain.

Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas