Apakah jenis perbezaan latihan bina badan di antara lelaki dan wanita? Tidak banyak dan hampir semua senaman yang dilakukan oleh lelaki sebenarnya boleh dilakukan untuk wanita.

Dari segi ciri - ciri biologi, wanita jauh lebih rendah dan kecil. Wanita juga mempunyai hormon yang berbeza. Mereka tidak sekuat lelaki dan wanita mempunyai jumlah otot di bahagian atas badan berbanding lelaki, jadi biasanya wanita perlukan lebih banyak masa untuk membina kawasan ini berbanding dengan bahagian set kaki.


Mereka juga tidak mampu menampung jumlah beban yang sama seperti lelaki (walaupun ramai wanita di dunia boleh melakukan senaman bench press sebanyak 300 paun!). Tetapi apa yang membezakan dalam latihan setiap wanita ialah tujuan dan objektif: Wanita lebih berminat untuk membentuk dan menegangkan kulit badan berbanding membina otot yang besar.

Jadi, walaupun wanita ini sentiasa melakukan rutin senaman yang sama seperti apa yang lelaki biasa lakukan (dengan senaman tambahan untuk menumpukan kepada bahagian utama seperti punggung, paha dan bahagian tricep), penyusunan jadual dalam program wanita ini mungkin berbeza jauh daripada program latihan lelaki. Perbezaan yang paling ketara adalah latihannya mengandungi set yang lebih sedikit untuk satu kumpulan otot tetapi mempunyai rep yang lebih banyak dalam setiap set.



Wanita lebih berminat untuk membentuk badan yang menarik dan menegangkan kulit badan berbanding membina otot yang besar.

Justeru, ini akan menghasilkan ketahanan otot sementara mengorbankan potensi perkembangan saiz otot. Pada masa yang sama, pergerakan ketika permulaan dan akhir senaman tetap sama seperti lelaki lakukan. Kita semua perlu membentuk program yang sesuai mengikut keperluan sendiri, kekuatan dan kelemahan kita. Sasaran utama lelaki dan wanita adalah sama: untuk menghasilkan perkembangan aestetik maksimum dalam keseluruhan bentuk badan.

Wanita juga akan memperoleh faedah dengan mempunyai rakan latihan, perlu menghadapi sakit sengal otot, rintangan, harus mengelakkan overtraining, merasai perasaan positif apabila bersenam, berhadapan dengan risiko kecederaan - sama seperti lelaki. Sekiranya anda inginkan untuk membentuk badan anda semula selepas melahirkan anak, latihan beban membantu menghilangkan lemak degil dan menegangkan semula kulit yang longgar di bahagian lengan.

Secara keseluruhannya, wanita perlu lebih terbuka untuk mencuba latihan beban di gym dan tidak terhad kepada hanya melakukan senaman aerobik. Wanita juga perlukan ketahanan otot yang optimum untuk melakukan kerja - kerja seharian dengan lebih mudah. Dengan latihan beban yang konsisten dan pemakanan yang terkawal, anda akan lebih bermotivasi apabila melihat hasil usaha anda terpapar dalam badan.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman webBina Otot.

<


Scroll ke Atas