
Dalam latihan gym, aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan semasa melakukan senaman terutamanya dalam melengkapkan sesuatu latihan dengan menggunakan beban yang berat. Sangat banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku sekiranya anda cuai dan tidak memberi perhatian kepada keadaan sekeliling. Semasa berlatih, anda pasti mahukan kaki anda terlindung sekiranya anda tiba - tiba tersadung dengan dumbbell dan sekiranya dumbbell terjatuh ke kaki anda. Dan, seseorang boleh mendapat sokongan dan mampu melakukan aktiviti beban yang berat apabila memakai tali pinggang sebagai langkah keselamatan. Oleh itu, pemakaian beberapa peralatan atau kelengkapan gym digalakkan untuk semua orang yang ingin berlatih untuk perlindungan tambahan atau sebagai sokongan ketika mengangkat beban.
Kepentingan kasut di dalam latihan adalah untuk menstabilkan kaki anda dan memperbaiki keseimbangan anda. Oleh itu, bukan semua kasut direka mengikut berlainan spesifikasi untuk tujuan yang perlbagai. Banyak kasut "running" mempunyai bentuk kulit lembut dan dan ringan - sesuai untuk aktiviti larian 5 km atau ke atas tetapi kasut ini tidak memberi anda banyak sokongan. Tetapi kadang - kadang kualiti sokongan bukanlah keperluan untuk setiap orang. Ahli powerlifters yang kompetitif yang melakukan senaman Deadlift umumnya memakai selipar yang amat nipis kerana sedikit inci lebih ke bawah boleh menjadi perbezaan untuk seseorang dapat mengangkat beban yang amat berat dari permukaan lantai.
Anda juga boleh mencari kasut sukan yang mempunyai tapak kasut yang tebal, stabil dan dengan lengkungan sokongan yang betul. Pada masa yang sama, sesetengah ahli bina badan memakai kasut hiking, combat boot dan pelbagai jenis pelindung kaki. Sentiasa ingat berapa banyak tekanan yang boleh dikenakan pada kaki dan lengkungan belakang badan anda apabila anda melakukan senaman berat seperti Squat.
Ramai ahli bina badan memakai sarung tangan atau gloves ketika berlatih untuk melindungi tangan mereka. Amalan pemakaian ini boleh dilakukan tetapi ahli powerlifter mengangkat beban yang sangat berat tanpa bantuan sarung tangan. Sekiranya anda mempunyai tangan yang sensitif atau keadaan yang memerlukan anda untuk memakai gloves, gunakan sarung tangan. Tetapi kalau boleh, mungkin lebih baik sekiranya anda genggam sahaja beban dengan tangan kosong supaya tapak tangan anda menjadi lebih "tough" dan membentuk calluses, dimana ini baik untuk anda.
Strap digunakan dengan dililitkan di pergelangan tangan anda dan mengelilingi bar untuk menguatkan genggaman anda walaupun penggunaan bantuan ini boleh membantutkan kekuatan tangan anda daripada terbentuk sepenuhnya. Juara powerlifter tidak menggunakan strap dan mereka biasa mengangkat beban yang jauh berat tanpa apa - apa bantuan. Sekiranya anda mengangkat beban tanpa strap, kekuatan genggaman anda menjadi semakin kuat. Tetapi pemilihan pemakaian strap ini bergantung kepada selera anda dan anda tidak dipaksa untuk tidak memakai strap sekiranya anda lebih gemarkan untuk memakai bantuan strap.
Tujuan utama untuk memakai tali pinggang adalah anda akan mendapat sokongan di kawasan otot di bahagian bawah belakang (lower back) apabila anda sedang mengangkat beban yang sangat berat. Tali pinggan pada awalnya digunakan oleh ahli angkat berat ketika melakukan pergerakan Overhead Press. Tetapi tali pinggan sentiasa dianggap sebagai satu keperluan untuk orang - orang yang ingin melakukan senaman Squat, menolak beban yang berat ke atas atau berlatih senaman Calf Raise yang mencabar.
Wrap digunakan untuk menyokong sendi dan otot yang lemah atau cedera. Anda akan nampak sesetengah ahli bina badan akan membalut satu atau dua siku disebabkan masalah fizikal yang dihadapi oleh individu tersebut. Keadaan ini lebih biasa dilihat dan lebih banyak digunakan untuk bahagian lutut apabila melakukan senaman Squat atau mengelilingi siku apabila melakukan Bench Press. Dengan membalut sesuatu kawasan badan dengan ketat untuk memberi lebih banyak sokongan, pada masa yang sama, anda juga mengehadkan fleksibiliti pergerakan sesuatu bahagian badan.
Dalam era bina badan klasik, satu perkara biasa untuk melihat ahli bina badan untuk menggunakan lilitan yang dipakai pada kepala dimana anda boleh menyambung dumbbell atau plat beban supaya anda boleh melakukan senaman rintangan secara berperingkat untuk melatih kawasan leher. David dan Peter Paul, ahli bina badan pernah mengagumkan ramai orang di Gold Gym dengan jumlah beban yang mereka boleh tampung pada leher mereka - dan kadangkala, mereka akan menyambung head strap pada kereta dan melakukan aksi menarik kereta di kawasan letak kereta.
Pada masa yang sama, ramai orang juga pernah membuat percubaan aksi ini dalam Guiness World of Records. Apapun, rutin latihan bina badan yang lengkap biasanya turut melatih otot di leher anda bersama dengan bahagian lain, jadi anda tidak perlu melakukan latihan untuk leher kecuali ada keperluan spesifik yang anda perlu lakukan untuk melatih leher.
Ini juga merupakan satu contoh peralatan yang menjadi kebiasaan pada waktu dahulu tetapi menjadi sangat jarang dijumpai pada masa sekarang. But graviti membolehkan anda untuk tergantung dari atas ke bawah dan meregangkan tulang belakang anda. Prinsip alat ini dicipta berdasarkan fakta dimana badan kita sentiasa dalam keadaan dimampatkan oleh kuasa graviti - oleh itu tulang belakang menjadi dimampatkan dan organ dalaman kita ditolak ke bawah.
Hasilnya, kebanyakan daripada kita akan menjadi lebih pendek lebih kurang seinci atau dua inci pada umur 60 tahun berbanding ketinggian kita pada umur 25 tahun. Dengan mengantungkan badan secara terbalik, aktiviti ini sepatutnya boleh membantu dalam meregangkan tulang belakang badan dan meringankan beban tekanan pada organ dalaman kita. Sesetengah orang termasuk Arnold Schwarnegger sendiri pernah mencuba peralatan dan mengambarkan pengalaman menggunakan but graviti sebagai pengalaman yang menyenangkan (relaxing experience).
Walaupun begitu, peralatan ini tidak memberi kesan ketara dalam proses pembinaan badan dan akan memberikan tekanan yang tinggi kepada bahagian bawah belakang anda. Sekiranya anda ingin menggunakan but graviti, mulakan dalam tempoh yang singkat terlebih dahulu - tidak lebih dari seminit - sehingga anda biasa dengan pengalaman sensasi baru ini.