Pada hari ini, jumlah hadiah wang di dalam sukan bina badan professional jauh lebih banyak dan menarik berbanding tahun - tahun yang sebelumnya. Ramai atlet atau orang baru yang berminat mula berfikir dan menimbang untuk memulakan karier dalam bina badan. Pada masa yang sama, peluang yang semakin banyak juga mula timbul di tahap amatur dan ramai ahli bina badan terus berlatih dan bertanding sementara bekerja sebagai doktor, peguam atau ahli perniagaan.

Ramai atlet atau orang - orang baru yang berminat mula berfikir dan menimbang untuk bermula secara serius dalam sukan bina badan.

Ramai ahli bina badan adalah individu - individu yang gemar bersaing atau kompetitif tetapi ramai juga yang lain masuk ke dalam bidang ini hanya semata - mata untuk kepuasan diri dan manfaat daripada sukan ini tanpa mengira kemenangan sebagai tujuan utama mereka. Bina badan adalah lebih dari sukan, tetapi adalah gaya hidup. Apabila seseorang sudah pergi jauh dalam bina badan atau telah terlibat secara kompetitif, pandangan seseorang terhadap bentuk badan mula berubah dan mempunyai lebih makna dari sebelumnya.


Walaupun begitu, pertandingan bina badan hanya mampu dilakukan oleh sebahagian kecil dari orang ramai sahaja walaupun latihan bina badan ini boleh dilakukan semua orang yang mempunyai minat dan disiplin. Sekiranya anda sedang menimbangkan untuk masuk pertandingan bina badan, anda digalakkan untuk mengambil masa dan berfikir tentang peluang ini. Apabila anda telah membuat keputusan untuk bertanding, program latihan yang anda akan lakukan akan sedikit berbeza daripada program latihan yang anda biasa lakukan. Segala latihan dan dedikasi diperlukan untuk bertahan dengan latihan bina badan yang dikhaskan untuk pertandingan - di mana program persediaan pertandingan adalah jauh lebih sukar daripada biasa dan diet pemakanan anda menjadi lebih mencabar.

Pada masa yang sama, anda akan belajar untuk menggayakan otot anda dalam bentuk persembahan ketika anda berada di atas pentas. Skill "posing" boleh mengambil masa berjam - jam daripada masa anda untuk betul - betul mahir dalam sebahagian persembahan untuk pertandingan bina badan.



Sekiranya anda benar - benar serius mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan, pertandingan bina badan akan mengambil alih dalam keseluruhan aspek kehidupan anda. Ini akan menentukan di mana dan bagaimana anda hidup, apa yang anda makan, siapa rakan anda atau mungkin memberi kesan kepada masa depan perkahwinan anda. Tetapi sudah tentu, anda masih boleh bertanding dalam mana - mana pertandingan tempatan tanpa "mengorbankan" diri anda sepenuhnya kepada keperluan gaya hidup pertandingan - anda masih boleh hidup secara normal tetapi semakin anda pergi jauh ke dalam bina badan, anda akan semakin "ketagih" dan tidak boleh keluar dari gaya hidup ini.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas