Gym

Kebaikan dan Keburukan Latihan Bina Otot di Rumah

Latihan Bina Otot dalam Rumah

Walapun tiada apa jenis keadaan yang boleh menggantikan pengalaman berlatih di gym yang bagus, berlatih di rumah adalah berguna jika anda inginkan akses untuk berlatih pada bila - bila masa. Sseseorang boleh melakukan senaman abdomen dengan memiliki peralatan bar mudah alih di rumah.

Dengan kerusi bench dan set beban asas, anda boleh melakukan banyak jenis senaman dalam jumlah rep yang anda mahukan pada bila - bila masa. Kemudahan ini boleh menjadi aset yang berguna sekiranya anda kadang - kadang menghadapi kesukaran untuk pergi ke gym atau anda kesuntukan masa di gym di mana anda tidak dapat menghabiskan latihan anda secara lengkap. Pada masa yang sama, aktiviti aerobik juga boleh dilakukan dengan menggunakan mesin treadmill, stepper atau basikal statik di rumah.

Dengan kerusi bench dan set beban asas, anda boleh melakukan banyak jenis senaman dalam jumlah rep yang anda mahukan pada bila - bila masa.

Untuk orang yang berkemampuan dari segi kewangan, pelaburan boleh dilakukan dengan melakukan pembelian beberapa barang - barang peralatan gym di rumah.


Kebanyakan kedai barangan fitness menyediakan pilihan peralatan yang luas untuk orang yang berminat - bermula daripada set kerusi bench, dumbbell, barbell, trapbar dan mesin senaman serbaguna. Peralatan - peralatan ini boleh berharga dari puluhan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit mengikut kualiti dan spesifikasi yang anda inginkan. Pada masa yang sama, anda juga boleh mencari pelbagai mesin senaman di platform e - dagang seperti Shopee dan Lazada dan melakukan pembayaran online mengikut keselesaan anda.

Tetapi berlatih di rumah berbanding di gym boleh disamakan seperti "cuba membaiki kereta anda di garaj rumah berbanding melakukan servis di kedai servis automotif atau workshop."

Kesan perubahan yang dilakukan di kedai servis lebih meyakinkan dan bertahan lama, sesuai sekiranya kereta anda mempunyai masalah yang lebih kompleks. Perkara yang sama juga boleh dikatakan dalam melihat perbandingan kesan latihan yang dilakukan di rumah dengan gym yang mempunyai fasiliti yang lengkap, membolehkan anda berlatih dengan lebih menyeluruh dengan tenaga tambahan.

Kebanyakan orang yang mempunyai peralatan di rumah boleh melakukan sesetengah latihan sebagai latihan tambahan kepada latihan yang mereka lakukan di gym. Sekiranya anda sedang berfikir untuk melakukan latihan di rumah, ada beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan. Sebagai contoh:

  • Apakah bahagian otot badan yang anda ingin latih di rumah - adakah anda lebih berminat untuk melatih bahagian otot utama atau hanya bahagian abdomen?
  • Adakah anda mahu set beban bebas (free weight) atau anda lebih berminat kepada mesin senaman? Jika anda lebih memilih kepada mesin, apakah spesifikasi mesin yang anda inginkan? Mesin ringkas atau mesin serbaguna yang membolehkan anda melakukan pelbagai senaman?
  • Berapa jumlah ruang latihan yang anda boleh sediakan di rumah?
  • Sekiranya anda ingin melakukan senaman aerobik, apa jenis mesin - treadmill, basikal senaman dan stepper yang anda berminat?
  • Berapakah jumlah bajet kewangan yang anda boleh sediakan?

Ingat, setiap satu kelengkapan mesin latihan yang anda gunakan di gym biasanya berharga ribuan ringgit. Anda perlu berhati - hati sekiranya anda ingin membeli mesin senaman untuk memastikan kualiti yang diberikan sejajar dengan kualiti latihan yang anda inginkan di rumah.

Anda digalakkan untuk mencuba sesuatu mesin senaman terlebih dahulu sebelum membeli untuk memastikan anda berpuas hati. Mesin senaman yang mungkin murah berkemungkinan besar untuk cepat rosak dan kurang berkualiti. Pada masa yang sama, sangat membantu untuk anda sekiranya anda tahu tempat - tempat di mana anda boleh menghantar mesin - mesin senaman ini untuk tujuan pembaikan dan waranti.



Untuk risiko yang rendah, mungkin lebih baik sekiranya anda membeli peralatan - peralatan mudah terlebih dahulu sebelum membuat transisi untuk pembelian barang yang lebih mahal.

Sudah tentu, perkara terakhir yang anda inginkan apabila mesin peralatan fitness anda hanya mengumpul habuk selepas berbelanja banyak dimana ramai orang boleh terperangkap dengan melakukan pembelian mengikut perasaan emosi, lebih - lebih lagi proses pembayaran kini boleh dilakukan dalam masa seminit. Berbelanja secara bijak dan hanya membeli apabila anda benar - benar pasti dapat memberi komitmen dalam latihan anda.

Dalam nota yang lain, hanya sedikit ahli bina badan yang lebih berminat berlatih di rumah berbanding di gym. Faedah tenaga tambahan dalam gym, peluang berinteraksi dengan ahli bina badan lain, sokongan dari rakan ketika berlatih dan kualiti pilihan peralatan menjadi sebab - sebab utama ahli bina badan yang serius lebih selesa "bertapa" di gym.

Apapun, anda digalakkan untuk berlatih di gym walaupun anda dapat melakukan peningkatan ketara dengan berlatih di rumah. Berlatih di rumah mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan sekiranya anda dapati diri anda mempunyai masa untuk berlatih di rumah dan gym - lakukan kedua - duanya sekali.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas