Keperluan Asas dalam Gym

Apabila anda ingin membina otot secara serius atau ingin menjadi ahli bina badan yang komited, gym merupakan tempat pejabat anda. Anda akan menghabiskan masa di sini, melakukan kerja - kerja latihan dengan otot anda. Anda dengan mudah boleh menghabiskan tiga atau empat jam di dalam gym, di mana semua peralatan harus mencukupi untuk latihan anda, jenis - jenis orang yang berlatih bersama anda perlu diambil kira dan keadaan mood sekeliling yang membantu perlu diwujudkan untuk mencapai objektif peribadi anda.

Trend Populariti Gym

Pada hari ini, amat mudah untuk mencari gym yang lengkap dengan peralatan. Hampir setiap universiti, hotel, pusat komuniti, kompleks sukan dan sesetengah pejabat syarikat mempunyai fasiliti latihan yang menyediakan inventori mesin, kabel dan peralatan latihan untuk kegunaan orang ramai yang berminat.


Faktor - faktor pemilihan gym

Perkara utama dalam pemilihan gym adalah dengan membuat penilaian dan memastikan ciri - ciri fasiliti dan peralatan berikut disediakan:

  • Sebuah gym tidak sepatutnya terlalu besar dan terlalu kecil. Sekiranya gym terlalu kecil, anda akan sentiasa menunggu giliran untuk menggunakan peralatan dan akhirnya anda tidak dapat memenuhi tempo intensiti dalam latihan. Tetapi gym yang terlalu besar akan membuatkan anda rasa seperti "kerdil", di mana ini akan menyukarkan anda untuk memberi tumpuan penuh.
  • Sekiranya anda ingin melakukan peningkatan kemajuan yang terbaik, tempat gym anda perlu mempunyai set lengkap untuk setiap jenis beban latihan dan kerusi bench. Set dumbbell yang cukup berat juga wajib disediakan untuk membantu anda melakukan set yang mencabar. Selain itu, gym tidak akan lengkap tanpa mesin senaman dan kabel yang membolehkan anda untuk melatih semua bahagian utama badan.
  • Peralatan dan mesin untuk melakukan senaman kardiovaskular seperti - treadmill, basikal latihan, stepper, kelas aerobik (tidak wajib) adalah tambahan yang perlu diambil kira di dalam setiap premis gym.
  • Sesetengah gym mungkin mempunyai fasiliti bonus yang lain seperti sauna, bilik aerobik dan trek larian dalaman, jadi sekiranya anda inginkan kemudahan - kemudahan berikut, anda boleh memastikan kemudahan berikut sekiranya disediakan sebelum anda mendaftar keahlian dalam gym tersebut.

Persekitaran dan Atmosfera

Bersama dengan peralatan yang ditawarkan di dalam setiap gym, anda juga perlu menimbang dan melihat sendiri sekiranya gym itu memberikan suasana yang sesuai dalam memberikan anda tenaga dan motivasi dalam setiap senaman anda. Atmosfera dalam sesuatu gym boleh membuatkan anda selesa atau lemah dengan mudah.

Ahli bina badan biasanya tidak berminat untuk berlatih di dalam gym yang terlalu "fancy". Latihan beban adalah mencabar dan memberikan anda ujian mental, tidak seperti sesi bersosial minum - minum kopi. Untuk berlatih dengan tumpuan penuh, anda perlu berlatih di dalam gym di mana suasana gym itu meletakkan diri anda dalam keadaan bersemangat, serius dan ingin "kotor" dalam melakukan urusan kerja. Gym yang terlalu selesa seperti ruang pejabat professional, karpet yang mewah, warna cat dinding yang "ceria", peralatan disalut dengan krom bersinar,bersih dan berbau sama seperti bilik hospital - mungkin sesuai untuk orang yang hanya ingin membentuk badan dan kurangkan beberapa inci lemak di pinggang mereka. Tetapi suasana premis ini agak tidak sesuai untuk orang yang serius dalam membina badan.

Impak Muzik dalam Latihan

Pemilihan muzik juga penting untuk menjadikan keseluruhan sesi latihan anda berkualiti. Muzik rock and roll, hip - hop gangster menjadi pilihan utama yang sesuai dimainkan di dalam gym manakala sesetengah orang mungkin lebih menyukai muzik pop atau tiada muzik dimainkan ketika di dalam gym.

Kadang - kadang, apabila anda bergelut untuk melakukan rep demi rep dalam satu set, semangat entusiasm dan motivasi anda berkurang apabila anda memikirkan jumlah baki set yang perlu dihabiskan dalam sesuatu senaman. Dengan semangat dan tahap tenaga yang lemah, anda pegang semula beban dan tiba - tiba lagu tertentu keluar dari audio speaker. Kemudian, anda dapati diri anda bersemangat semula dimana adrenalin mula masuk ke dalam badan, memberikan tenaga dan kekuatan tambahan yang anda perlukan. Dan perkara yang seterusnya, anda berjaya menghabiskan baki set dengan begitu mudah sahaja seperti tiada apa - apa yang berlaku. Apa yang penting, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu jenis muzik yang dimainkan di dalam gym - gym tertentu agar senarai muzik di dalam gym mengikut selera anda.



Siapa yang berlatih dalam gym?

Jenis - jenis orang yang berlatih bersama - sama anda di dalam gym boleh memberikan perbezaan. Sekiranya anda dikelilingi oleh orang yang serius dan berlatih dengan intensiti penuh, amat mudah untuk anda mempunyai fokus yang sama dan lebih bertenaga untuk melakukan latihan. Dan amat sukar untuk mengerjakan otot anda sepenuhnya apabila orang sekeliling anda tidak bersungguh - sungguh dan bermain smartphone pada kebanyakan masa. Oleh sebab itu, ahli-ahli bina badan berkumpul dan berlatih hanya di gym - gym yang tertentu. Dengan beberapa ahli bina badan yang serius berlatih di depan anda, anda akan berlatih pada kadar yang lebih gigih.

Pada masa yang sama, kehadiran ahli - ahli bina badan di dalam gym juga membantu anda apabila anda perlukan bimbingan dan nasihat tambahan untuk mengatasi isu ketika latihan. Anda mungkin boleh meminta pendapat mengenai diet pemakanan, pendekatan latihan yang baru, dan berbual mengenai pemilihan produk suplemen yang sesuai dan macam - macam lagi. Justeru, ianya idea yang baik sekiranya anda memilih untuk berlatih di gym yang menjadi tempat latihan utama mereka. Ahli - ahli bina badan biasanya berkunjung pada gym yang sama untuk setiap latihan mereka dan tidak gemar bertukar - tukar lokasi latihan, jadi ambil masa anda untuk membuat kajian tentang senarai pengguna di setiap gym yang berdekatan dalam kawasan rumah anda.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas