
Satu perbezaan besar di dalam bina badan pada hari ini dan masa lampau adalah peningkatan jumlah orang yang berlatih seperti ahli bina badan yang serius - dengan mengikuti program pembinaan otot yang berdisiplin tetapi tidak mempunyai sebarang niat untuk bertanding di dalam pertandingan. Kategori ini meliputi semua orang dari doktor, peguam, akauntan, guru, ahli perniagaan, ahli pertahanan awam, pelakon drama atau filem malah orang lewat umur yang bersara.
Persoalannya adakah individu - individu ini memerlukan fasiliti latihan yang serius sama seperti ahli bina badan yang ingin menjadi juara pertandingan bina badan?
Jawapannya sudah tentu kesemua orang yang ingin berlatih tidak perlu mempunyai fasiliti latihan yang serius tetapi berlatih menggunakan fasiliti peralatan sama seperti ahli bina badan serius pasti membantu anda untuk mencapai sasaran yang diidamkan. Tujuan utama latihan bina badan adalah untuk membentuk setiap bahagian badan dalam kuantiti yang seimbang. Dan ini memerlukan kepelbagaian dalam penggunaan peralatan yang sesuai, tanpa mengira siapa anda dan sasaran latihan anda.
Memang benar, anda mungkin tidak perlukan set dumbbell 150 paun ke atas untuk berlatih tetapi jumlah julat beban dan kerusi bench yang disediakan haruslah menjadi suatu kemestian. Sesetengah gym mungkin tidak mempunyai pilihan yang banyak dalam pemilihan mesin senaman untuk sesuatu senaman tapi anda juga perlu pastikan jumlah minimum dan sesetengah peralatan untuk wajib disediakan di premis latihan anda atau anda tidak akan dapat hasil tubuh badan yang anda inginkan. Oleh itu, pemilihan gym juga penting agar anda memenuhi standard dalam setiap latihan.
Akhir kata, otot adalah otot dan otot anda memberi respon kepada teknik latihan yang sama dan memerlukan peralatan senaman yang sama dalam latihan penuh sama seperti orang - orang lain. Jadi sekiranya anda serius ingin membina badan secara drastik, cari gym dengan peralatan yang sesuai, suasana atmosfera yang membolehkan anda memberi tumpuan latihan yang penuh, dan dikelilingi oleh orang - orang serius yang memberi inspirasi dan motivasi kepada anda untuk melakukan yang terbaik.