Melihat peningkatan - peningkatan dalam jumlah ahli bina badan di serata dunia, harapan yang besar diletak pada sukan bina badan untuk berkembang pada masa depan. Sukan bina badan pada masa kini semakin terperinci dan sangat sukar dimana hanya sebilangan kecil orang sahaja yang mempunyai keinginan yang diperlukan untuk menjadi seorang juara. Pada masa kini, atlet dan orang yang mempunyai pekerjaan lain yang telah mencuba bina badan kini mula mempertimbangkan untuk mempunyai karier di dalam sukan bina badan. Orang ramai yang pada mulanya hanya mahukan badan berotot dan abdomen six pack kini terjebak dan mungkin berminat untuk mencuba dalam pertandingan kompetitif dalam sukan bina badan. Ini merupakan satu daripada banyak sebab yang membantu sukan ini semakin berkembang, taraf pertandingan sentiasa pada standard yang tinggi dan minat umum sentiasa meningkat.

Orang ramai yang pada mulanya hanya mahukan badan berotot dan abdomen six pack kini terjebak dan mungkin berminat untuk mencuba dalam pertandingan kompetitif bina badan.

Bina badan pada masa kini mempunyai lebih banyak definisi dan lebih bermakna jika dibandingkan pada masa lampau. Pada ketika dahulu, bina badan hanyalah mengenai pertandingan atau persaingan tetapi kini bina badan juga mempunyai aspek rekreasi - dimana bina badan kini mempunyai pelbagai tujuan dari kecergasan fizikal, kesihatan dan sebagai cara untuk membentuk keyakinan dan penampilan diri.


Apabila anda melibatkan diri di dalam sukan bina badan, anda akan sedar bina badan juga membantu anda dalam aspek psikologi dimana latihan bina badan membantu anda untuk menyalurkan tenaga - tenaga negatif di dalam badan. Hasilnya, seseorang akan lebih tenang dan mempunyai mentaliti yang tidak mudah mengalah untuk menghadapi sebarang rintangan.

Ahli ortopedik juga mula menggunakan teknik senaman bina badan sebagai cara rehabilitasi untuk pesakit yang mempunyai masalah fizikal. Pada masa yang sama, konsep yang sama juga digunakan untuk melawan kesan penuaan dan kesihatan yang merudum disebabkan faktor umur. Di dalam latihan sukan, atlet kini mendapati latihan bina badan boleh membantu meningkatkan prestasi mereka. Wanita, kanak - kanak dan keseluruhan keluarga kini mula terlibat secara aktif dalam program bina badan.



Tetapi walaupun jumlah ahli bina badan semakin meningkat dan jumlah taruhan wang semakin menarik, tidak ramai orang yang mengikuti program bina badan sebenarnya betul - betul berminat untuk menjadi atlet bina badan. Oleh itu, suatu kempen untuk mengalakkan orang ramai untuk menjadikan latihan bina badan sebagai pilihan untuk mengecapi kecergasan fizikal perlu diusahakan lagi - untuk membolehkan lebih ramai lagi memperoleh faedah - faedah daripada sukan ini. Persatuan - persatuan bina badan tempatan boleh menganjurkan pertandingan dengan lebih terbuka dengan bantuan liputan yang luas daripada media sosial sebagai strategi untuk mempromosikan sukan bina badan di Malaysia.

Dengan bantuan - bantuan media digital, liputan luas mengenai sukan bina badan dapat dipertingkatkan dan mula menjadi ikutan dalam budaya tempatan. Penonton drama dan filem tidak lagi janggal untuk melihat pelakon bertubuh sasa dan kini pelbagai teknik bina badan mula diperkenalkan dalam kalangan ahli bina badan. Pada masa yang sama, semakin ramai peminat fitness cuba membuat nama untuk mereka sendiri dengan mengambil kelebihan pelbagai platform sosial untuk meluaskan pengaruh mereka. Kesimpulannya, masa depan bina badan di Malaysia mempunyai potensi yang besar dan disambut baik tetapi usaha berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kesinambungan sukan besi ini terus dikekalkan.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas