Pada penghujung abad ke 19, minat baru terhadap seni membina badan mula muncul, dimana pembinaan otot bukan sahaja bertujuan untuk memastikan kelangsungan hidup dan mempertahankan diri tetapi lebih kepada visual pembentukan badan sebagai cara meraikan kegagahan badan seseorang. Ini adalah era dimana tradisi mengangkat batu berevolusi menjadi sukan moden angkat berat.

Seiring dengan masa, sukan angkat berat berubah mengikut aspek dalam budaya tersendiri. Di Eropah, angkat berat merupakan suatu bentuk hiburan dimana orang kuat (strongmen) professional muncul dimana mereka meraih sumber pendapatan bergantung kepada berapa jumlah berat yang boleh diangkat atau disokong. Keadaan bentuk fizikal pada masa itu tidak penting kepada mereka dan penonton yang datang - hasilnya ahli angkat berat pada ketika itu biasanya besar tetapi tidak mempunyai definisi otot yang jelas.


Di Amerika, suatu pendekatan untuk meningkatkan kekuatan badan sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan telah menjadi sebuah pergerakan yang besar dan menjadi topik perbincangan. Ini berlaku kerana budaya fizikal yang mengalakkan pemakanan yang sihat tanpa mengambil makanan yang tidak diproses menjadi idea sesuai - sebagai respon kepada peningkatan pemakanan yang tidak sihat, masalah tidak cukup bersenam dan tekanan hidup daripada perubahan hidup menjadi masalah yang ketara.

Oleh itu, trend dimana keseimbangan dalam semua aspek kehidupan seperti kesihatan dan pembentukan fizikal ideal mula dikaji. Orang ramai mula mencari keseimbangan bukan sahaja dalam bentuk kesihatan tetapi mahukan bentuk badan yang menarik. Bentuk fizikal ahli angkat berat Eropah yang besar dan mempunyai perut yang buncit pastinya tidak sesuai dijadikan contoh model astetik untuk orang ramai. Apa yang diperlukan pada ketika itu adalah model yang mempunyai bentuk badan yang hampir menyerupai patung atlet Greek kuno dan bukannya seperti lembu jantan Bavarian di Eropah.

Dan Eugene Sandow merupakan jawapan kepada sumber inspirasi bentuk badan fizikal yang diidamkan untuk ahli pemikir budaya pada ketika itu. Eugene mencipta reputasinya di Eropah sebagai orang gagah (strongmen) professional, dengan berjaya menewaskan orang gagah lain dalam pertunjukan kekuatan. Beliau datang ke Amerika pada 1890 dan dilabel sebagai "Orang yang paling Gagah di Dunia" (The World Strongest Man) oleh Florenz Ziegfeld.

Populariti Eugene yang mendapat perhatian ramai disebabkan bukan sahaja oleh reputasi beliau di Eropah tetapi kualiti fizikal badan beliau yang astetik daripada orang lain. Persembahan kualiti astetik untuk bentuk badan fizikal yang diperkenalkan oleh Eugene pada masa itu adalah sesuatu yang sangat baru dan melahirkan ramai individu yang mempunyai bentuk fizikal serupa. Nama - nama seperti Arthur Saxon, George Hackenschmidt, Herman Goerner dan Oscar Hilgenfeldt mula muncul dan mencipta tradisi orang gagah sebagai budaya fizikal.

Pada 1920 dan 1930s, fakta dimana kesihatan dan pembentukan bentuk fizikal terbukti mempunyai kaitan rapat dan senaman beban adalah cara terbaik untuk menghasilkan pembentukan otot dalam masa yang paling singkat. Walaubagaimanapun, pengetahuan latihan adalah terhad dan ahli bina badan hanya belajar berdasarkan perbandingan bentuk badan mereka dengan ahli bina badan yang lain dari generasi sebelumnya.

Pada 1920an, lelaki seperti Sigmund Klein muncul, dan beliau juga memaparkan aspek fizikal yang cantik dengan definisi bentuk otot yang menarik, seimbang serta mempunyai kandungan lemak yang rendah. Tetapi era dimana bentuk badan fizikal diadili melalui kriteria astetik masih lagi beberapa tahun ke hadapan untuk diamalkan dalam bentuk pertandingan.

Walaupun begitu, tradisi pertandingan bentuk badan fizikal berjaya diteruskan sehingga ke tahun 1960an, 1970an, 1980an, 1990an dimana nama - nama seperti Arnold Schwarnegger, Sergio Olivia, Frank Zane, Dave Drapper, Lee Haney, Lou Ferrigno, Larry Scott, Steve Reeves dan Dorian Yates mendominasi sukan bina badan pada ketika itu.



Seiring dengan populariti sukan bina badan, persatuan seperti IFBB (International Federation of BodyBuilding) menjadi pertubuhan sukan yang berjaya dengan lebih dari 100 negara menjadi ahli negara. Pada 1990s, IFBB menyenaraikan 160 negara menjadi ahli dan menurut presiden IFBB Ben Weider, IFBB menjadi pertubuhan sukan yang keempat terbesar di dunia. Kejayaan berterusan terus dapat diraih di dalam bidang "sukan besi" ini apabila sukan bina badan menerima pengiktirafan rasmi daripada Majlis Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik pada tahun 1997, menjadikan sukan pertandingan bina badan sebagai sebahagian daripada komuniti amatur sukan antarabangsa.

Sukan bina badan juga melakukan impak yang besar di dalam budaya moden apabila semakin banyak bentuk badan yang berotot terpapar di media cetak dan media digital. Bentuk badan fizikal yang lebih maskulin kini menjadi suatu keperluan terutamanya untuk watak utama di dalam filem, drama dan muzik tempatan.

Model - model kini lebih sedar dan mengambil berat tentang penampilan mereka dan mahukan bentuk badan yang lebih dominan untuk meraih populariti. Atlet sukan pula mahukan kelebihan untuk menewaskan pesaing mereka dengan menggunakan program latihan beban sementara senaman beban terkawal kini diaplikasikan sebagai sebahagian program pemulihan kecederaan pesakit di hospital. Jelas, sukan bina badan dan angkat berat telah memberikan banyak sumbangan dan impak positif di serata tempat sehingga ke hari ini dan pada masa depan.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas