Satu penanda aras kemajuan dalam bina badan adalah wujudnya pertandingan bina badan untuk wanita dan peningkatan ketara jumlah wanita yang menggunakan latihan bina badan untuk tujuan kesihatan, kecergasan dan kekuatan. Pertandingan bina badan moden untuk wanita bermula pada lewat 1970an dengan dianjurkan oleh George Synder dinamakan sebagai "The Best in the World".

Pada ketika ini, wanita yang bertanding masih lagi menggunakan kasut tumit tinggi apabila berada di pentas. Pada 1980, Jawatankuasa Bina Badan Kebangsaan (National Physique Committee) menganjurkan pertandingan kejuaraan peringkat kebangsaan dan Persatuan Ahli Bina Badan Antarabangsa (International Federation of Bodybuilder) pula memperkenalkan Mr Olympia untuk wanita. Sukan bina badan untuk wanita sebagai sukan telah mula diiktiraf pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dikategorikan dalam peringkat amatur dan professional.


Ahli bina badan wanita pertama yang mendapat publisiti meluas ialah Lisa Lyon, yang mencipta kombinasi pertunjukan otot dan pergerakan iras tarian dimana bentuk pertandingan ini menjadi model acara asas untuk menjadi intipati persembahan di dalam pertandingan wanita sehingga ke hari ini. Gambar - gambar Lisa menjadi rujukan dan pengenalan kepada bentuk badan aestetik wanita yang berotot. Standard bina badan wanita menjadi lebih tinggi ke peringkat seterusnya apabila Rachel McLish menjadi pemenang Miss Olympia yang baru. Kombinasi tubuh badan yang berotot, penampilan yang seksi dan personaliti menarik dalam diri Rachel telah menjadi penanda aras kepada semua ahli bina badan wanita.

Kemudian Cory Everson dan Lenda Murray mendominasi sukan bina badan wanita dengan memenangi Miss Olympia sebanyak enam kali pada setiap seorang. Kemudian mereka diikuti oleh Kim Chizevsky yang berjaya merangkul gelaran Miss Olympia sebanyak tiga kali.

Walaupun bina badan telah menjadi ikutan dan semakin ramai wanita mula berkecimpung dalam sukan bina badan, kontroversi sentiasa muncul disebabkan idea dimana wanita membina otot untuk tujuan aestetik adalah idea yang baru pada ketika itu. Ramai yang tidak menyenangi bentuk badan baru ini dan tidak suka melihat tubuh badan baru ini. Tetapi ahli bina badan wanita pada ketika itu berjaya mengubah persepsi dan mengharungi rintangan yang mengekang kegiatan mereka, seterusnya mentransformasikan budaya baru ini.



Dengan transformasi budaya bentuk fizikal baru ini, sukan bina badan untuk wanita memberikan impak yang ketara di dalam aspek kesihatan dan kecergasan. Terlalu ramai wanita juga menghadapi masalah dimana mereka kehilangan kudrat kekuatan, berat otot dan kebolehan fizikal terutamanya apabila mereka semakin berumur - kerana mereka tidak melatih otot mereka dengan kerap. Trend dimana wanita lebih gemar melakukan senaman aerobik dan mengabaikan latihan beban menjadi suatu kebiasaan malah digalakkan kerana sebahagian besar wanita menganggap latihan angkat berat akan membuatkan mereka nampak tidak feminin. Tambahan lagi, mereka juga sering melakukan diet yang ekstrem dan tidak sihat yang seterusnya menjejaskan jisim tulang dan otot. Dan dengannya laman web BinaOtot.com, diharap ahli bina badan tempatan di Malaysia boleh membantu untuk memberi pendedahan faedah latihan beban untuk wanita dan program diet supaya kaum wanita boleh menikmati kebaikan latihan angkat beban dan menjadi wanita yang fit, gagah dan mempunyai bentuk badan yang menarik

Dalam aspek latihan, asas kepada latihan otot dan program diet adalah lebih kurang sama untuk kedua - dua jantina, lelaki dan perempuan. Walaupun wanita mungkin mempunyai sasaran yang berbeza daripada kaum lelaki dimana kaum wanita lebih gemar untuk mendefinisikan otot daripada sasaran saiz otot maksimum, tetapi latihan - latihan yang dilakukan oleh lelaki adalah sama dan tidak berbeza untuk program wanita.

Pada masa yang sama, diet juga memainkan peranan dalam pembentukan otot dengan memberi perhatian yang khusus kepada pengambilan nutrien yang diperlukan dan jumlah kalori yang betul. Badan wanita akan memberikan respon yang berlainan daripada lelaki apabila berlatih dengan beban disebabkan hormon testeron yang lebih banyak dalam lelaki. Tetapi setiap individu digalakkan untuk mengubah dan menyelaraskan latihan dan program diet untuk menyesuaikan keperluan masing - masing.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas