Definisi

Bina Badan : Sukan atau Sistem Senaman?

Bina badan sebagai sistem senaman merupakan cara paling efektif dan efisien untuk menguatkan dan membentuk otot di dalam badan. Tetapi sesetengah orang mungkin berpendapat bina badan hanyalah suatu bentuk pertandingan yang mencabar tetapi bukan suatu sukan.

Malah sesetengah orang mungkin menganggap bina badan dan angkat berat hanya layak dikategorikan sebagai suatu sistem senaman/latihan sahaja.

Walaupun begitu, Arnold Schwarnegger, Mr Olympia 7 kali berpendapat bina badan layak diiktiraf sebagai sukan untuk beberapa sebab.


Pertama, jumlah usaha atletik yang diperlukan di dalam setiap latihan dalam membentuk badan untuk pertandingan. Anda perlu berlatih setiap kumpulan otot dengan gigih dengan cara yang betul dan kadang - kadang perlu memaksa tubuh badan untuk berlatih melebihi had batas. Ini bukan perkara yang mudah memandangkan ramai orang yang pergi ke gym biasanya berhenti hanya selepas 1 - 2 bulan.

Kedua, taraf atletik yang tinggi diperlukan dalam bahagian persembahan ketika pertandingan bina badan - semasa persembahan gaya dan pertunjukan otot semasa di atas pentas.

Untuk membuat persembahan gaya, untuk membina daya cengkam otot untuk mempamerkan otot, kebolehan untuk mengekalkan persembahan otot selama satu jam atau lebih - dan melakukan kesemua ini dengan taraf tenaga yang tinggi dan kawalan penuh ke atas badan sepanjang masa - wajar diberi perhatian apabila melihat keseluruhan aspek bina badan.

Dan kesemua sebab ini belum lagi melibatkan aspek pemakanan dimana ahli bina badan perlu mengikuti program diet dengan tegas dimana sebarang kesilapan akan jelas terpapar di dalam persembahan otot pada peringkat pertandingan.

Arnold Schwarnegger, Mr Olympia 7 kali berpendapat bina badan layak diiktiraf sebagai sukan untuk beberapa sebab.

Mungkin salah satu sebab mengapa ramai orang sukar memahami seni bina badan adalah disebabkan dua jenis sukan yang sering menjadi ukuran.

Pertama, sukan di mana pertandingan menentukan ukuran (berapa jauh, berapa pantas, berapa tinggi dan lain - lain lagi, contohnya : olahraga, lompat jauh, lompat tinggi).

Dan kedua, sukan di mana ketepatan gaya persembahan menjadi penentu, contohnya : sukan terjun air, gymnastik, luncur ais. Walaupun bina badan tidak mempertandingkan kebolehan pergerakan dalam gaya persembahan, tetapi bina badan mempertandingkan ciri - ciri ketepatan gaya persembahan dengan menilai persembahan otot di keseluruhan badan - saiz, bentuk, keseimbangan, keperincian dan kualiti aestetik badan seseorang semasa dilatih di dalam gym, disediakan dengan diet pemakanan dan dipersembahkan dengan melakukan aksi pertunjukan bina badan.

Oleh itu, bina badan adalah sukan yang tergolong dalam kategori ketepatan gaya persembahan.



Di dalam apa - apa acara, walaupun bina badan belum lagi menjadi sukan Olimpik, tetapi bina badan sudah pun diterima oleh komuniti sukan amatur antarabangsa dan telah pun dimasukkan di dalam acara seperti Sukan Asia (Asian Games) dan Sukan Pan Amerika (Pan American Sport).

Kesimpulan

Oleh itu, bina badan wajar dan layak dikategorikan sebagai sukan atas sebab - sebab yang kukuh. Dengan ketahanan mental dan ujian fizikal menjadi ukuran penentu terutamanya dalam peringkat kompetitif, bina badan membantu dalam mencabar setiap orang yang berminat untuk memperbaiki keseluruhan aspek.

Selain itu, konsep latihan bina badan dan angkat berat juga sering digunakan oleh atlet dalam sukan lain untuk memperbaiki prestasi mereka, jadi ini membantu mengukuhkan lagi status bina badan sebagai suatu sukan.

Memandangkan permainan video dalam komputer dan smartphone telah diiktiraf sebagai suatu sukan (e - sukan) di peringkat global walaupun "sukan" ini tidaklah melibatkan aspek fizikal dan hanya fokus kepada kebolehan kordinasi mental, rasanya tiada alasan untuk golongan yang tidak bersetuju untuk tidak menerima bina badan sebagai sukan.

Apa pendapat anda? Share pendapat anda di ruangan komen bawah.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas