Konsep Bina Badan untuk Atlet

Atlet kini lebih besar, lebih kuat dan lebih pantas dari sebelum ini dan rekod sentiasa dipecahkan dari masa ke semasa. Satu sebab untuk menjelaskan penambahbaikan keseluruhan prestasi atlet adalah - hampir semua atlet yang serius dalam mana - mana sukan berlatih dengan memasukkan teknik latihan beban dalam regim latihan mereka.

Saiz yang lebih besar tidak bermaksud lebih baik terutamanya di dalam beberapa sukan.

Tapi pada masa dahulu, para jurulatih sebenarnya aktif mengalakkan atlet - atlet mereka untuk menjauhi diri mereka daripada melakukan sebarang latihan dengan menggunakan beban. Alasannya ialah atlet akan lebih berotot dan menjadi lebih "berat" dimana latihan ini akan mengganggu kebolehan pergerakan pantas dan fleksibiliti mereka. Latihan menggunakan beban dianggap "tidak semulajadi" di mana melakukan aktitivi berat seperti berkebun, memotong pokok atau apa - apa sahaja kegiatan lasak di luar lebih digalakkan.

"Kepercayaan bahawa latihan dengan beban akan melambatkan anda," jelas Frederick C. Hatfield, Ph.D dan Fellow of the International Sports Science (ISSA), "menjadikan anda lebih kepada mempunyai badan berotot, dan seterusnya menganggu sentuhan dan kordinasi, merupakan tanggapan umum selama berdekad - dekad.

Pandangan ini juga bukan sahaja tertumpu kepada bina badan tetapi juga ditujukan kepada sukan angkat berat - apabila aktiviti meningkatkan had kekuatan, kebolehan anda untuk melakukan satu rep, angkatan maksimum dilakukan. Jenis latihan bina badan atau sukan angkat berat dianggap tidak sesuai diamalkan oleh kebanyakan atlet yang lebih bergantung kepada kelajuan untuk meningkatkan prestasi mereka jika dibandingkan dengan kekuatan maksimum."

Tugas latihan beban dalam sukan pada hari ini, Dr Hatfield berkata, adalah untuk membentuk kekuatan dalam pelbagai otot kepada tahap asas, minimum yang membolehkan atlet untuk beraksi pada tahap optimum. Tetapi latihan kekuatan "optimum" tidak seharusnya tertumpu kepada penghasilan jisim otot atau mengehadkan kekuatan untuk mencapai keseimbangan atlet kecuali mereka diperlukan untuk bersaing dalam aktiviti atletik spesifik. "Sekiranya anda lebih fokus kepada membentuk kekuatan tanpa menghiraukan kebolehan fizikal yang lain," kata beliau, "anda boleh berisiko dan mendapati diri anda sedikit kekurangan pada tahap kelajuan, pergerakan, kordinasi dan lain -lain."

Sesetengah sukan lebih cepat untuk menerima faedah latihan beban "optimal" berbanding dengan sukan lain. Fred Dryer, pelakon dan bekas bintang NFL, mengimbas semula pada tahun 1960s - hampir tiada pemain yang berlatih dengan menggunakan beban apabila beliau memulakan karier bola sepak NFL pada ketika itu, tetapi apabila beliau bersara pada lewat 1970an, semua pemain di dalam pasukan meluangkan masa sedikit masa di dalam bilik latihan gym.

Pada masa yang sama, peninju Evander Holyfield berjaya menjadi juara dunia sukan tinju dalam kategori Heavyweight apabila beliau dibantu oleh Mr Olympia, Lee Haney. Biasanya bertanding pada kategori cruiserweight/light heavyweight, beliau berjaya membina 30 paun jisim otot dengan mengamalkan teknik latihan bina badan tanpa mengabaikan aspek kelajuan dalam regim latihan beliau.


Latihan beban untuk sukan menjadi popular dan dalam perjalanan menuju ke tahap global. Michael Schumacher, legenda Formula 1, mengikuti program kesihatan yang tegas dan berdisiplin yang mengandungi latihan menggunakan beban. Bintang bola sepak terkenal Diego Maradona membuat penemuan kemungkinan peningkatan prestasi atletik melalui latihan beban pada penghujung karier beliau.

Pemain tenis, atlet renang dan lain - lain mula bertukar dan menggunakan pendekatan ini dengan berlatih menggunakan beban untuk memperbaiki peluang mereka untuk merangkul kejuaraan. Atlet kini lebih sedar bahawa latihan beban bukan sahaja menjadikan otot lebih kuat tetapi mempunyai faedah dalam memperbaiki kawasan badan yang lemah dimana ketidakseimbangan otot boleh menjejaskan proses untuk melengkapkan pergerakan dalam mana - mana sukan.

Seperti Dr. Laurence Morehouse terangkan dalam bukunya "Maximum Performance" (Simon & Schuster) pada tahun 1974, "Sistem saraf menggunakan pendekatan yang lebih mudah. Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu pergerakan dengan otot yang lemah, sistem saraf anda akan cenderung untuk menggunakan otot yang lebih kuat untuk menggantikan otot yang lemah sekiranya boleh....Hasilnya: ketidakseimbangan otot akan berlaku dan pergerakan yang terhasil kurang memuaskan daripada tahap ideal."



"Menjadikan badan lebih kuat," kata Mark Verstegen, pengarah Institut Prestasi Kebangsaan, yang terletak di Bradenton, Florida, "bukan sahaja meningkatkan prestasi dalam sukan - dalam terma kekuatan, kelajuan dan ketahanan - tetapi juga mengurangkan risiko kecederaan. Ini membolehkan atlet untuk mengubahsuai komposisi badan mereka untuk lebih sesuai mengikut keperluan sukan - menjadi lebih kuat dan besar sekiranya diperlukan atau mengekalkan atau mengurangkan berat badan tetapi menghasilkan kekuatan maksimum dalam mana - mana saiz badan."

Verstegen menghasilkan program untuk atlet professional, program yang meliputi kalistenik, latihan drill, medicine ball, kepada latihan beban dengan beban bebas atau mesin senaman. Klien Verstegen terdiri daripada penjaring terbanyak bola keranjang NCAA, rookie Amerika terbaik tahunan, pemain bola sepak NFL dan fenomena Los Angeles Laker Kobe Bryant.

Akhir sekali, melakukan teknik latihan beban untuk membantu anda dalam prestasi yang terbaik dalam mana - mana aktiviti sukan adalah konsep yang masuk akal. Kalau bintang bola sepak Cristiano Ronaldo sendiri gigih berlatih di gym untuk sentiasa berada pada prestasi seperti seorang juara, kenapa anda tidak lakukan benda yang sama seperti beliau? Mana - mana orang tanpa mengira umur dari budak sekolah menengah kepada orang yang meningkat usia, latihan bina badan juga adalah cara yang sangat bagus untuk memperkenalkan aspek disiplin dan kawalan dalam keseluruhan hidup anda.

Apabila anda cuba membentuk badan anda, anda cenderung untuk memberi perhatian kepada diet anda dan tabiat pemakanan harian. Dengan latihan yang betul - melalui kombinasi ketahanan otot yang dibentuk melalui program yang mengalakkan penggunaan lebih banyak rep dan program membina kekuatan boleh dicapai dengan penggunaan rep yang lebih sedikit, anda boleh merasai perbezaan dalam prestasi anda dan tahap tenaga dalam masa yang singkat.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas