Pemakanan sebelum Latihan

Ramai ahli bina badan mungkin berfikir apa makanan yang sesuai dimakan dan masa yang sesuai untuk makan sebelum memulakan program latihan. Otot memerlukan bekalan darah yang banyak ketika bekerja memandangkan darah mengangkut bekalan oksigen dan bahan lain untuk proses penghasilan tenaga.

Tetapi sekiranya sistem penghadaman juga menggunakan jumlah darah yang tinggi untuk menghadam saiz hidangan yang besar, bekalan darah tidak akan cukup untuk bergerak ke seluruh tubuh badan dan otot akan tidak dapat bekerja secara efektif.

Apabila anda memakan terlalu banyak sebelum latihan, anda mencetuskan konflik di dalam badan dan meningkatkan permintaan bekalan darah pada banyak tempat pada masa yang sama. Para ibubapa adalah betul ketika menasihatkan anak mereka untuk tidak pergi berenang selepas makan dengan banyak; kekurangan bekalan darah yang mencukupi kepada otot semasa aktiviti renang boleh menyebabkan otot menjadi kejang (severe cramps.)

Berlatih dengan perut yang penuh boleh menjadi pengalaman yang tidak menyenangkan. Anda akan rasa malas, lalai dan perlahan dan satu set latihan yang mencabar boleh menyebabkan anda rasa loya.

Hal ini kerana tubuh badan kita memproses makanan pada kadar yang berbeza. Tempoh masa selama 2 - 6 jam diperlukan oleh perut untuk mengosongkan isi kandungannya. Makanan yang kaya dengan karbohidrat dihadam terlebih dahulu, diikuti oleh makanan protein dan makanan berlemak adalah yang terakhir diproses di dalam perut.


Pengambilan Kalori

Apabila anda bangun pada waktu pagi dan tidak memakan apa - apa untuk 8 - 12 jam, badan anda perlukan karbohidrat. Oleh sebab karbohidrat diperlukan untuk menghasilkan glycogen yang diperlukan oleh otot untuk sesi latihan yang berat, adalah masuk akal sekiranya memakan sarapan yang mempunyai karbohidrat dalam jumlah banyak sebelum pergi ke gym untuk berlatih pada waktu pagi.

Sedikit hidangan dari buah - buahan, jus buah atau sekeping roti bakar boleh dimakan sebelum anda berlatih dan akan memberikan anda tenaga tanpa memperlahankan rentak latihan anda. Walaupun begitu, sarapan yang terdiri daripada telur, daging atau keju - semua makanan yang tinggi dalam protein dan lemak - akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam, jadi anda boleh elakkan makanan sebegini sebelum mula berlatih dalam masa terdekat (1-2 jam).

Pada masa yang sama, ianya idea yang tidak baik apabila anda terus memakan hidangan besar sejurus selesai melakukan workout. Badan berada dalam keadaan stress/tertekan ketika anda berlatih di gym dan anda perlu berikan sistem badan anda sedikit masa untuk kembali normal, untuk membolehkan darah keluar daripada otot yang bekerja dan reaksi stress untuk hilang sepenuhnya.

Minuman supplemen protein / karbohidrat selepas latihan membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan dari latihan dalam bentuk hidangan yang mudah diserap oleh sistem penghadaman badan. Ketika anda sudah mandi, menyalin pakaian dan meninggalkan gym, sistem badan anda akan kembali kepada keadaan yang lebih normal dan bolehlah anda duduk untuk menikmati makanan sebenar yang penuh nutrisi.



Berapa Kali Perlu Makan Dalam Sehari?

Ada mitos yang mengatakan bahawa sistem penghadaman perlu "rehat" dimana anda tidak boleh makan terlalu kerap kerana tabiat ini akan menganggu kebolehan anda untuk menghadam badan dengan lebih efisien. Sebenarnya, anda boleh makan dengan kerap dengan saiz hidangan yang tertentu dalam setiap kali hidangan.

Pada zaman kuno, pemburu - pemburu gasar zaman Batu sentiasa merayau dan mencari di serata tempat untuk mendapatkan makanan - dimana, mereka akan makan secara berkala setiap kali mereka menjumpai buah - buahan atau tumbuhan sesuai atau ketika berpeluang mendapatkan protein haiwan.

Badan anda boleh mengendalikan hidangan kecil dengan kerap lebih baik berbanding memakan hidangan yang besar secara berkala. Tiga kali makan dalam sehari adalah normal, 4 kali makan dalam sehari lebih baik. Ahli bina badan yang serius kerap makan dalam setiap 2 atau 3 jam yang bermaksud sekurang - kurangnya 5 kali hidangan dalam sehari (sedikit ekstrem untuk kebanyakan orang).

Memakan dengan lebih kerap adalah strategi yang bagus apabila sasaran anda lebih kepada penjagaan berat, dengan mengandaikan kalori keseluruhan untuk hari itu adalah terkawal, memandangkan anda jarang sangat lapar dengan memakan dengan cara begini dan badan anda mempunyai sebab yang sedikit untuk menyimpan kebanyakan makanan yang diambil sebagai lemak badan.


Apa pendapat anda?



Mengenai Penulis

Albert John

Albert John

Aktif dan mempunyai minat terhadap bina badan, beliau telah pun berlatih di gym untuk beberapa tahun dan pernah menjadi jurulatih pada sesetengah masa. Anda boleh menjumpai beliau berlatih di Justin Sompong Gym di Papar, Sabah. Terima kasih kerana melawat laman web Bina Otot.



Scroll ke Atas