
Berlatih untuk mendapatkan jisim otot memerlukan lebih dari sekadar usaha gigih, dan tidak lengkap tanpa protein dimana sekurang - kurangnya 1 gram protein diperlukan setiap paun berat badan seseorang tetapi anda mungkin mendapati, memenuhi keperluan protein dalam sehari tanpa mengambil kandungan lemak yang tinggi boleh menjadi satu isu.
Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menggunakan supplemen protein. Bukan sahaja supplemen protein boleh menjimatkan kos untuk meningkatkan pengambilan protein tanpa lemak yang tinggi, supplemen protein juga memudahkan pemakanan seseorang dimana kekerapan pengambilan hidangan juga adalah aspek kritikal dalam nutrisi bina badan.
Kepelbagaian supplemen protein yang wujud di premis - premis nutrisi berdekatan telah meningkat secara luar biasa (seperti GNC dan Herbalife) dan berbanding pada awal pengenalan produk ini, supplemen pada hari ini mempunyai rasa yang sedap seperti aiskrim berbanding makanan bina badan tinggi protein dan rendah lemak yang tipikal.
Tambahan lagi, kebanyakan protein ini lebih dari sekadar protein sahaja, produk ini juga menawarkan bermacam - macam nutrien tambahan seperti BCAA, Creatine, Glutamine di dalam setiap hidangan. Mencari supplemen yang sesuai kepada keperluan nutrien dan sesuai dengan citarasa anda boleh menjadi aset yang berguna untuk digunapakai dalam pelan nutrisi anda.
Memandangkan pelbagai supplemen kini berada di pasaran, ada beberapa faktor yang mungkin boleh membantu anda untuk membuat pembelian seperti:
Pertama, pastikan membaca label terlebih dahulu. Sesetengah supplemen protein mengandungi pelbagai jumlah karbohidrat dan walaupun karbohidrat membantu untuk menukar protein dalam makanan kepada protein otot, karbohidrat yang keterlaluan juga boleh menambah kalori tambahan dan seterusnya menjadikan pembakaran lemak menjadi sukar.
Kesannya, membuat pengiraan tentang jumlah karbohidrat yang termasuk dalam supplemen protein adalah penting sekiranya anda ingin mengekalkan kiraan tepat dalam pengambilan makronutrien anda.
Kedua, supplemen protein yang tidak dimakan bersama dengan makanan atau karbohidrat dalam hidangan tidak dapat diproses secara efisien. Kajian menunjukkan protein perlu diambil bersama dengan kalori tambahan terutamanya dari karbohidrat untuk membolehkan protein digunakan dengan lebih baik dalam proses sintesis protein daripada digunakan untuk penghasilan tenaga.
Oleh itu, dalam kata mudah, ambillah supplemen protein dengan karbohidrat tambahan (seperti oat) atau masukkan supplemen protein sebahagian daripada hidangan utama (sarapan, lunch atau dinner) untuk memastikan protein dapat digunakan sepenuhnya untuk membentuk otot.
Ketiga, ada tiga jenis utama protein yang biasanya digunakan dalam supplemen protein iaitu protein susu atau milk protein (whey, milk protein concentrate dan caseinate), protein telur (egg protein) dan protein soya (soy protein). Kesemuanya dikenali sebagai protein kualiti tinggi dan walaupun ada sedikit bukti saintifik yang mengatakan satu sumber protein adalah lebih baik untuk tumbesaran otot daripada yang lain, protein susu (milk protein) dan protein telur mendapat penerimaan yang paling ramai dalam kalangan ahli bina badan.
Tetapi protein soya (soy protein) mempunyai satu kelebihan ke atas protein jenis susu dan telur. Protein soya mendapat perhatian daripada komuniti medikal kerana kajian menunujukkan protein jenis soya boleh menurunkan kolesterol serum dalam sesetengah individu. Jadi untuk individu yang bergelut dengan paras kolesterol mereka, protein soya mungkin adalah pilihan yang terbaik.
Dalam nota terakhir, supplemen protein tidak dicipta untuk menjadi sumber utama protein dalam menu pemakanan anda. Produk protein hanya bertindak sebagai pelengkap dan penambah kepada pemakanan harian anda. Diet pemakanan yang seimbang adalah aspek penting dalam diet yang sihat sama seperti diet bina badan.