Macam Mana Nak Hilangkan Lemak Perut, Bina 8-Pack Abs Yang Jelas & Kembali Fit Dalam 90 Hari

Tanpa Diet Melampau, Senaman Yang Mengelirukan, Atau Program Generik Yang Tak Pernah Berkesan Dalam Jangka Panjang

Perhatian Kepada Usahawan Yang Ingin Menjadi Lebih Kurus, Kuat & Sihat

Akhirnya, satu sistem fitness 1:1 yang dibina khusus untuk BADAN anda, JADUAL anda, dan MATLAMAT anda — supaya anda boleh dapat hasil yang nyata dan kekal, walaupun anda dah cuba banyak cara sebelum ni tapi tak berjaya.

Adakah Anda Sedang Mengalami Perkara Ini?

A focused personal trainer coaching a busy entrepreneur in a sleek, modern gym setting.
A focused personal trainer coaching a busy entrepreneur in a sleek, modern gym setting.
  • Anda dah cuba "makan sikit, gerak banyak" berkali-kali — tapi lemak perut masih ada

  • Anda bersenam di rumah atau pergi gym sekali-sekala... tapi hasilnya sikit, lambat, dan mengecewakan

  • Anda sedar kesihatan itu penting, tetapi rutin harian yang sibuk buat anda susah untuk konsisten

  • Setiap kali melihat cermin, anda rasa semakin jauh daripada versi diri yang anda mahukan

  • Dalam hati, anda risau — bukan sekadar tentang penampilan, tapi tentang kesihatan jangka panjang anda

  • Anda melihat ramai orang berjaya dapat badan idaman mereka, dan dalam hati tertanya, “Kenapa susah sangat untuk aku capai benda yang sama?”

Kalau anda boleh relate dengan semua ini, jangan salahkan diri sendiri.

Kebanyakan orang gagal bukan sebab kurang usaha — tetapi sebab mereka tiada sistem yang jelas dan bimbingan yang betul.

Dan itulah yang saya akan bantu anda ubah.

Bayangkan Jika Anda Akhirnya Berjaya Dapatkan Badan Yang Anda Idamkan — Secara Realistik & Berkekalan

A focused personal trainer coaching a busy entrepreneur in a sleek, modern gym setting.
A focused personal trainer coaching a busy entrepreneur in a sleek, modern gym setting.
  • Tengok cermin dan nampak versi diri yang lebih fit, sihat dan kuat

  • Memakai semula baju lama yang anda sangka sudah tak muat lagi

  • Ada tenaga konsisten sepanjang hari tanpa mudah penat

  • Keputusan ujian darah kembali ke tahap yang sihat

  • Rasa lebih “in control” terhadap tubuh badan sendiri, bukan lagi dalam konflik dengan diri sendiri

Bayangkan bangun pagi 90 hari dari sekarang...

Itu bukan angan-angan. Itulah yang boleh berlaku apabila anda mengikuti pelan yang tersusun, terbukti berkesan dan dibuat khas untuk diri anda — dengan bimbingan coach di setiap langkah.

Memperkenalkan: S.H.R.E.D Method.

Satu pengalaman coaching peribadi 1-on-1 yang dibina berdasarkan tubuh badan, matlamat dan gaya hidup anda — direka untuk membantu anda mendapatkan hasil yang nyata dan jelas dalam masa 90 hari.

Bagaimana Satu Keputusan Ujian Darah Yang Mengejutkan Menjadi Titik Perubahan Dalam Hidup Saya (Dan Sebab Saya Kini Coach Orang Lain)

Saya memang ada sedikit lemak perut, tetapi saya tak terlalu ambil serius — sehinggalah keputusan ujian darah saya pada tahun 2024 benar-benar mengejutkan saya.

Paras gula dan kolesterol saya lebih tinggi dari normal. Untuk pertama kali dalam hidup, saya betul-betul rasa takut.

Datuk saya menghidap diabetes dan meninggal dunia akibat komplikasinya.

Pada waktu itu, saya sedar… saya mungkin sedang menuju ke arah yang sama.

Saya juga masih ingat nenek saya tiba-tiba mengalami kelemahan dan kehilangan kekuatan otot di kedua-dua kaki, sehingga akhirnya terjatuh suatu hari.

Perkara itu membuatkan saya sedar betapa cepatnya kesihatan boleh berubah tanpa sebarang amaran.

Saya nak jadi lebih sihat, kurangkan lemak badan, dan rasa kuat semula.

Tetapi apa yang saya paling mahukan sebenarnya ialah ketenangan fikiran — rasa yakin bahawa saya masih mengawal tubuh badan sendiri tanpa takut tentang masa depan.

Jadi saya cuba apa yang kebanyakan orang selalu buat — “makan kurang, bergerak lebih,” workout di rumah, pergi gym sekali-sekala, berjalan kaki, jogging… tetapi semuanya tak kekal lama.

Hasilnya terlalu sedikit, sementara, dan mengecewakan. Lemak perut saya masih ada.

Tenaga saya masih rendah. Dan setiap kali gagal, semakin susah untuk saya percaya pada diri sendiri.

Kemudian saya buat pemeriksaan komposisi badan penuh di gym.

Bila lihat angka-angka itu, saya benar-benar tersentak — body fat saya terlalu tinggi, melebihi 20%, dengan tahap visceral fat hampir mencecah paras tinggi iaitu 10.

Masa itu saya tahu, saya memang perlu buat sesuatu untuk berubah.

Di situlah saya mula mengikuti satu program fitness yang lebih tersusun — dan kali ini, saya betul-betul ikut semuanya: latihan, pelan pemakanan, semuanya secara konsisten.

Selepas sebulan, saya mula nampak bayangan 6-pack terbentuk.

Masuk bulan ketiga, 8-pack saya sudah jelas kelihatan. Berat badan saya turun daripada 70kg ke 60kg.

Saya berjaya hilang 10kg lemak dan bina badan yang saya sendiri bangga lihat.

Tetapi lebih penting daripada abs itu sendiri — mindset saya turut berubah. Saya bukan lagi seorang yang sentiasa risau tentang kesihatan.

Saya jadi lebih yakin, lebih berdisiplin, dan lebih bertenaga setiap hari.

Dan itulah yang saya bantu orang lain capai hari ini.

Kenapa pilih saya sebagai coach anda:

✅ Saya pernah melalui struggle yang sama seperti anda — jadi saya faham apa yang benar-benar diperlukan untuk berubah

✅ Saya membantu individu yang sibuk mendapatkan badan yang lebih fit melalui program yang tersusun dan disesuaikan mengikut individu

✅ Saya telah membantu dan memberi inspirasi kepada orang di sekeliling saya untuk kembali mengawal kesihatan mereka menggunakan prinsip yang sama

✅ Saya tahu bagaimana rasanya bila anda rasa stuck, takut, dan kecewa — dan saya juga tahu jalan untuk keluar daripadanya

Bagaimana Program Coaching 1:1 Ini Berjalan

A focused entrepreneur working out intensely in a sleek modern gym setting.
A focused entrepreneur working out intensely in a sleek modern gym setting.

Fasa 1: Penilaian Badan + Penetapan Matlamat

→ Analisis komposisi badan penuh + ukuran asas badan

kan tetapkan target anda dengan jelas dan bina pelan transformasi 90 hari yang sesuai untuk anda

→ Tiada lagi teka-teki. Tiada pelan generic. Semuanya dibina khas mengikut tubuh badan anda

Personalized nutrition plan displayed on a tablet with fresh healthy foods.
Personalized nutrition plan displayed on a tablet with fresh healthy foods.

Fasa 2: Pelan Pemakanan Yang Disesuaikan

→ Pelan pemakanan yang dibina berdasarkan gaya hidup, makanan kegemaran, dan sasaran kalori anda

→ Tiada berlapar. Tiada crash diet. Pemakanan yang realistik untuk bantu bakar lemak dan bina otot

→ Termasuk panduan membeli barang dapur, strategi meal prep, dan check-in berkala untuk pastikan anda kekal konsisten

Trainer coaching client one-on-one with focused workout routines.
Trainer coaching client one-on-one with focused workout routines.
Motivational progress photos showing transformation over 90 days.
Motivational progress photos showing transformation over 90 days.

Fasa 3: Program Senaman Berstruktur

→ Program latihan mingguan yang disusun mengikut tahap fitness dan peralatan yang anda ada

→ Progressive overload diterapkan supaya badan anda terus berkembang dan bertambah baik

→ Sama ada di rumah atau gym — program akan disesuaikan untuk anda

Fasa 4: Panggilan Coaching Mingguan

→ Sesi 1:1 setiap minggu untuk semak progress, ubah suai pelan, dan pastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul

→ Feedback secara langsung supaya anda tidak tersasar

→ Sistem accountability yang membantu anda kekal konsisten dan committed

Motivational progress photos showing transformation over 90 days.
Motivational progress photos showing transformation over 90 days.

Fasa 5: Sistem Minda + Tabiat

→ Perubahan mindset yang membantu usaha jangka pendek menjadi gaya hidup jangka panjang

→ Tabiat harian yang mudah tetapi berkesan untuk menghasilkan perubahan besar dalam 90 hari

→ Strategi untuk bantu anda kekal konsisten walaupun sibuk

Ini Gambaran 90 Hari Pertama Anda Mungkin Akan Lalui

Personalized nutrition plan displayed on a tablet with fresh healthy foods.
Personalized nutrition plan displayed on a tablet with fresh healthy foods.

Bulan 1 — Asas & Kemenangan Awal

Anda bermula dengan penilaian badan penuh dan pelan yang dibina khas untuk anda. Tiada kekeliruan, tiada tekaan. Dalam 2–3 minggu pertama, anda mula rasa perubahan pada tenaga. Baju mula muat dengan lebih selesa. Tidur lebih lena. Fikiran lebih fokus. Berat mungkin mula turun, tetapi yang lebih penting — anda mula bergerak dengan tujuan yang jelas.

Bulan 2 — Momentum Terbina

Masuk minggu ke-5 hingga ke-6, perubahan mula nampak dengan lebih jelas. Lemak perut yang sebelum ini susah hilang mula berkurang. Anda jadi lebih kuat. Senaman terasa lebih mudah dan semula jadi. Orang sekeliling mula perasan perubahan anda. Anda tidak lagi paksa diri untuk disiplin — ia sudah menjadi rutin.

Bulan 3 — Transformasi

Menjelang hari ke-90, anda lihat cermin dan nampak versi diri yang berbeza. Lebih kurus, lebih kuat, lebih sihat. Tetapi lebih daripada itu — keyakinan anda berubah sepenuhnya. Hubungan anda dengan makanan dan tubuh badan menjadi lebih sihat. Anda rasa lebih terkawal, mungkin untuk pertama kali dalam tempoh yang lama.

Ini bukan angan-angan. Ini boleh berlaku apabila anda mempunyai pelan yang betul, bimbingan yang betul, dan sokongan sepanjang perjalanan.

Hasil mungkin berbeza bergantung pada tahap komitmen dan faktor individu. Individu yang konsisten mengikuti program biasanya mendapat hasil yang terbaik.

Ini Adalah Program Peribadi, Hanya Melalui Permohonan

Kerana ini adalah pengalaman 1:1 yang sepenuhnya diperibadikan, saya hanya boleh ambil bilangan individu yang terhad pada satu-satu masa.

Kalau anda serius untuk mengubah tubuh badan anda dalam masa 90 hari akan datang, langkah pertama sangat mudah:

Isi borang permohonan yang ringkas.

Saya akan semak setiap permohonan secara peribadi. Jika saya percaya saya boleh bantu anda, saya akan hubungi anda untuk satu panggilan peribadi — di mana kita akan bincang matlamat anda, situasi semasa anda, dan bagaimana program ini berfungsi secara terperinci.

Tiada tekanan. Tiada paksaan. Hanya perbualan jujur untuk lihat sama ada kita sesuai untuk bekerjasama.

Tempat adalah terhad. Jika anda bersedia, jangan tunggu terlalu lama.

Janji Saya Kepada Anda

Saya hanya menerima individu yang saya benar-benar yakin boleh saya bantu. Ini bermaksud, jika anda diterima ke dalam program ini dan anda mengikuti sistem dengan komitmen penuh — hasil akan mula kelihatan.

Saya akan bersama anda di setiap langkah. Bukan sekadar sebagai coach, tetapi sebagai seseorang yang pernah melalui perjalanan yang sama.

Transformasi anda bermula pada saat anda membuat keputusan untuk memohon.

Soalan Yang Selalu Ditanya

S: Apa bezanya ini dengan program fitness biasa?

J: Semuanya dibina khas untuk anda — berdasarkan komposisi badan, gaya hidup, dan matlamat anda. Tiada templat, tiada pelan satu saiz untuk semua. Anda akan ada coach yang bersama anda, bukan sekadar fail PDF untuk dimuat turun. Program ini memberi fokus 1:1, disesuaikan mengikut tubuh badan dan gaya hidup anda.

S: Macam mana kalau saya pernah gagal dengan program fitness sebelum ni?

J: tu sebenarnya perkara yang paling biasa. Kebanyakan klien saya pernah gagal sebelum ini. Selalunya bukan sebab kurang usaha, tetapi kerana tiada pelan yang diperibadikan dan tiada sistem akauntabiliti — dan itu yang program ini sediakan.

S: Perlukah saya ada keahlian gym?

J: Tidak perlu. Program akan disesuaikan mengikut peralatan yang anda ada — sama ada di rumah, di gym, atau kedua-duanya.

S: Berapa banyak masa yang saya perlukan setipa seminggu?

J: Kebanyakan klien hanya perlukan sekitar 2-3 jam seminggu (termasuk sesi bimbingan 1:1). Jika anda serius tentang hasil, ini adalah komitmen yang masih boleh dimuatkan dalam jadual yang sibuk.

S: Macam mana saya tahu tentang pelaburan yang diperlukan?

J: Selepas anda membuat permohonan dan kita berbual, saya akan terangkan semuanya dengan jelas — termasuk struktur program dan pelaburan yang diperlukan. Tiada kos tersembunyi dan tiada kejutan.

Adakah Anda Bersedia Untuk Akhirnya Berubah?

Anda sudah terlalu lama hidup dengan badan yang sama dan kekecewaan yang sama.

Satu-satunya perkara yang menghalang anda daripada transformasi yang anda inginkan hanyalah satu keputusan.

Satu permohonan. Satu perbualan. Satu komitmen.

Ini mungkin tanda anda. Jangan lepaskan peluang ini.